
Koperasi Majlis Gabungan Belia Melaka Berhad (Koop-MGBM) ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan dibawah naungan MGBM.
Koop-MGBM ditubuhkan secara rasminya pada tarikh 15 Ogos 2012 dan En. Zali bin Mat Yasin telah dipilih sebagai Pengerusi Koop-MGBM yang pertama.
Koop-MGBM telah didaftarkan semula melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 6 Mac 2015.
Keahlian Koop-MGBM adalah terdiri daripada enam puluh (60) orang pada ketika penubuhannya.
Koop-MGBM kini menjalankan beberapa buah projek perniagaan di negeri Melaka iaitu :
- Operator Kediaman Asrama Pelajar Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) di Ayer Keroh, Melaka
- Operator Taman Ekstrem Tasik Chinchin di Jasin, Melaka.
Maklumat Lanjut Layari Faceboook Page Koop-MGBM