MY 2ND CHANCE

Anda Gagal SPM atau Tidak Pernah Mengambil SPM?

Kertas SPM Ulangan dan SPM Persendirian Adalah Peluang KEDUA Anda Menebus Kegagalan Ini.

·       Peperiksaan SPM memberikan impak yang besar kepada masa depan seseorang pelajar. Selain boleh menentukan halatuju pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sijil SPM juga menjadi syarat wajib (minimum) dalam memohon sebahagian besar pekerjaan di Malaysia. Di atas sebab itu, KPM menyediakan kertas SPM Ulangan sebagai peluang kedua buat calon yang gagal SPM buat kali pertama.

·        Mengikut Lembaga Peperiksaan Negara, anda dikira lulus SPM jika mendapat sekurang-kurangnya gred E (tahap minimum) dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Dan menurut statistik SPM 2016, terdapat 93,873 calon telah gagal SPM pada tahun lepas.

·        Kepada anda yang telah gagal SPM tahun lepas, tak usah berputus asa. Kertas SPM Ulangan 2019 merupakan peluang untuk menebus semula kegagalan tersebut. Ini peluang anda untuk belajar dari kesilapan. Ini peluang untuk anda teruskan perjuangan ilmu dan meneruskan cita-cita anda. Ingatlah, tiada istilah tewas dalam menimba ilmu.

 

Di sini, kami kongsikan 4 langkah yang boleh dijadikan panduan untuk anda yang berminat menyertai program My 2nd Chance. Program ini bukan sahaja semata-mata untuk membantu anda lulus dalam mengulang semula atau kali pertama mengambil peperiksaan SPM, malah kami percaya atas usaha daripada anda sendiri untuk perbaiki corak kehidupan maju ke peringkat seterusnya sama ada dalam peluang lanjutan pengajian atau peluang pekerjaan yang menepati kehendak pasaran.

 

 4 Langkah Program MY 2ND Chance:

·         Urusan Pendaftaran

·         Kelas Intensif PERCUMA

·         Peluang Lanjutan Pengajian

·         Peluang Pekerjaan