
PENGENALAN
➡ Perniagaan yang mengetengahkan menu yang unik dan lazat dengan kaedah penyediaan yang ringkas sentiasa menjadi pilihan.
➡ Sasaran pelbagai lapian masyarakat dan peringkat umur sentiasa menjadi keutamaan dalam menu yang diperkenalkan.
➡ Dengan konsep mudah alih amat memudahkan peniaga menjalankan perniagaan hampir dimana sahaja lokasi strategik seperti kafe, restoran, food court, dalam pusat membeli belah atau pasaraya, kaki lima, kantin, majlis keramaian dan lain-lain tempat.
MENGAPA PERLU MENYERTAI PROJEK USAHAWAN BELIA INI?
➡ Kenali Potensi Perniagaan Makanan & Minuman
Perniagaan makanan dan minuman merupakan perniagaan berpotensi tinggi di pasaran. Pelajari kaedah menjalankan perniagaan ini dan bagaimana untuk mensasarkan pelanggan.
➡ Pelajari Sendiri Kaedah Penghasilan Produk
Melalui sesi amali, peserta akan diajar kaedah menghasilkan produk makanan mengikut slot yang dipilih. Peserta juga diberi peluang untuk mengendalikan mesin dan peralatan untuk menghasilkan makanan dan merasainya sendiri. Program ini membawa bakal usahawan mendalami potensi perniagaan dalam seminar penuh informasi dan penuh praktikal.
➡ Kelebihan Perniagaan Makanan Jepun
-Permintaan produk yang sentiasa berpanjangan dan tidak bermusim
-Boleh diniagakan sesiapa sahawa tanpa perlu kemahiran professional, dan dimana sahaja asalkan sesuai dan strategik.
-Keuntungan 100% menjadi milik sendiri
-Boleh dijalankan secara part-time
SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI BENGKEL INI?
– Belia yang mempunyai minat dalam bidang usahawan dan mempunyai komitmen yang tinggi
– Peniaga yang ingin menawarkan menu makanan lain dari yang lain kepada pelanggan.
– Golongan pekerja yang ingin menjalankan perniagaan makanan
– Pelajar yang ingin mencari wang tambahan dengan perniagaan
– Mereka yang berminat memulakan perniagaan makanan.
PESERTA AKAN MEMPELAJARI
1- Teknik penjenamaan, label dan lokasi perniagaan yang strategik
2- Resepi dan cara pembuatan
3- Praktikal pembuatan dan merasai sendiri hasil yang dibuat
PRODUK
Shushi & Takoyaki
Keunggulan menu Shushi dan Takoyaki ialah cara penyediaan yang mudah dengan rasa yang lebih enak dan boleh diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.
Tarikh perlaksanaan bengkel bergantung kepada lokasi dan akan dimaklumkan melalui jadual program