
Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Gabungan Belia Melaka bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka akan menganjurkan Resilient Melaka Fun Ride 2017 pada 26 November 2017 (Ahad) bertempat di Mahkota Parade Melaka.
Program yang akan menghimpunkan penyertaan seramai 1000 pengemar sukan berbasikal dalam dan luar Negeri Melaka ini diadakan bagi mempromosikan Bandaraya Melaka sebagai Resilient City kepada para belia. Sesi pelepasan kayuhan sejauh 15KM ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Melaysia, YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Setiap peserta yang mendaftar akan diberi baju eksklusif Karnival Gen Y, Kupon Makanan (Pack Food), Kupon Cabutan Bertuah, Nombor Plat Basikal, dan e-Sijil. Barang-barang ini boleh dituntut pada hari kejadian dan khemah daftar dibuka seawal jam 06.00pagi di Mahkota Parade Melaka
Peserta DIWAJIBKAN memakai pakaian yang lengkap bersama Helmet dan Sarung Tangan dan hadir dengan tahap kesihatan yang baik. Penyertaan dibuka kepada peserta berumur 13 Tahun dan ke atas dan perlu mengikut semua syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur bagi menjamin tahap keselamatan di atas jalan raya.
Kayuhan akan tamat di Dataran Klebang 1Malaysia, lokasi berlangsungnya Karnival Gen Y Green The City yang terdiri daripada 30 aktiviti-aktiviti menarik seperti Majlis Perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Konsert Karnival Gen Y, Cabutan Bertuah, Gen Y Fun Run, Zumba, dan lain-lain lagi.
Untuk daftar secara online, sila isikan butiran pada ruangan dibawah dan sila tekan hantar sebagai tanda lengkap. Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung terus ke sekretariat ditalian 016-227 3565 (Arshad) & 019 397 9937 (Chef).