Retreat MGBM Tingkat Pengetahuan Berorganisasi

PORT DICKSON  14 Mac. – Seramai 20 orang barisan kepimpinan MGBM berkursus di Lexis Hibiscus Port Dickson, kelmarin.

      Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, program Retreat MGBM ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan mengenai kepimpinan malah memberi ruang untuk lebih mengenali antara satu sama lain yang antara sebelum ini sibuk dengan komitmen masing-masing.

      Katanya, modul kursus yang dijalankan adalah sangat menarik dan mudah difahami oleh semua peserta.

      “Kita pilih tempat sebegini bukan bermakna kita mahu membazir tetapi juga sebagai penghargaan kepada barisan kepimpinan yang bersama menjayakan aspirasi dan pembangunan belia sepanjang mereka berada di dalam MGBM,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

      Antara pengisian lain adalah sesi perkongsian oleh Tuan Mohd Sukor Md Yusoff, mantan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, sesi latihan dalam kumpulan, dan penerangan ROY.