Sejarah MGBM

Info MGBM

Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menjadi platform utama bagi warga belia Melaka di dalam membawa suara, idea dan hasrat mereka terutamanya kepada pihak kerajaan serta menyelaraskan pertubuhan belia di negeri Melaka.

MGBM ditubuhkan secara rasminya pada tarikh 19 Ogos 1975 apabila Perlembagaan MGBM diterima dan YAB Datuk Setia Hj. Abd. Ghani bin Ali telah dipilih sebagai presiden MGBM yang pertama.

MGBM telah didaftarkan melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum kemudiannya didaftarkan semula melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada tahun 2008 di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

 

Keahlian MGBM adalah terdiri daripada enam belas (16) buah pertubuhan belia peringkat daerah dan negeri di Melaka. Pertubuhan ini adalah :

  • Majlis Gabungan Belia Dareah Melaka Tengah
  • Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin
  • Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah
  • Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka
  • Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Negeri Melaka (MAYC)
  • Gerakan Belia Bersatu Malaysia Negeri Melaka (GBBM)
  • Kelab Belia Bell Tamil Negeri Melaka (KBBT)
  • Persatuan Belia India Malaysia Negeri Melaka (MIYC)
  • Persatuan Belia Sakti Negeri Melaka
  • Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka
  • Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Melaka (PBSM)
  • Persatuan Pandu Puteri Malaysia Negeri Melaka
  • Persatuan St. John Ambulans Negeri Melaka
  • Angkatan Belia Islam Negeri Melaka (ABIM)
  • Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Melaka (GPMS)
  • Majlis Belia Felda Negeri Melaka (MBFM)

 

Presiden MGBM

Senarai Presiden MGBM

 

YAB Datuk Setia Hj. Abd. Ghani bin Ali

(1975 – 1980)

 

YB Datuk Hj. A. Samad bin Kassim

(1980 – 1986)

 

YB Datuk Wira Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam

(1986 – 1996)

 

YB Datuk Md Sirat bin Abu

(1996 – 2002)

 

YB Datuk Wira Ir. Idris bin Haron

(2002 – 2010)

 

YBhg. En. Zali bin Mat Yasin

(2010 – 2014)

 

YBhg. En. Mohd Ridhwan bin Mohd Ali

(2014 – kini)